Nama sebenar Khalifah Harun
al-Rasyid ialah Harun al-Rasyid bin Muhammad al-Mahadi Bin Abu Jaafar al-Mansur.
Beliau merupakan khalifah kelima dalam pemerintahan Bani Abbasiyah.Beliau telah
dilahirkan di al-Raj,Khurasan pada Zulhijah 145 H.Beliau merupakan seorang yang
berpendidikan tinggi dan memiliki sifat keperibadian yang tinggi. Khalifah
Harun al-Rasyid mempunyai pengalaman yang luas dalan aspek pentadbiran,
kemasyarakatan dan politik. Beliau terkenal sebagai seorang pemerintah yang
bijaksana,ahli falsafah dan cendekiawan islam. Setelah Khalifah Muhammad
al-Mahadi bin Abu Jaafar al-Mansur wafat,jawatan khalifah telah diganti oleh
puteranya,Musa bin Muhammad(al-Hadi). Telah berlaku perselisihan dan peperangan
antara Khalifah al-Hadi dan Harun al-Rasyid semasa pemerintahan tersebut.Harun
al-Rasyid telah merampas jawatan tersebut daripada Khalifah al-Hadi.Beliau
telah dibaiatkan sebagai khalifah kelima dan memerintah negara islam yang
berpusat di Baghdad.Beliau telah melakukan pelbagai pembaharuan dalam aspek
politik,ekonomi dan sosial.
Antara sumbangan beliau dalam aspek politik ialah hubungan dengan
Byzantine(Rom).Sejak negara islam lahir di Kota Makkah,Madinah,Damsyik(Bani
Umayyah) dan Baghdad(Bani Abbasiyah),hubungan buruk dengan Rom telahpun
berlaku.Hubungan tersebut telah menjadi semakin buruk berpunca daripada
tindakan Rom menyerang kerajaan islam Baghdad yang disebabkan oleh masalah Asia
Minor. Khalifah Harun al-Rasyid telah memimpin tentera menyerang Rom untuk
membebaskan dan menduduki Asia Minor.Untuk mengelakkan peperangan,Maharani
Irene Leo IV telah membuat perdamaian,sanggup
membayar ufti 90000 dinar dan membenarkan perdagangan dan perkembangan agama
islam di Rom.Permusuhan dan peperangan telah berhenti selama tiga tahun.Namun
begitu,Pengganti maharani Nicephorus I telah melanggar perjanjian. Khalifah
Harun al-Rasyid telah memimpin tentera ke Asia Minor dan berjaya menakhluki
beberapa bandar.Tindakan Khalifah Harun al-Rasyid ini telah menyebabkan agama
islam boleh berkembang di Rom.
Sumbangan beliau yang kedua pula ialah hubungan dengan Andalusia(Sepanyol).Hubungan
antara Andalusia dengan Bani Abbasiyah telah menimbulkan masalah kepada Khalifah Harun al-Rasyid kerana sebahagian
besar penduduk Andalusia(penyokong Bani Umayyah) menunjukkan sikap negatif
terhadap pemerintahan beliau.Mereka juga cuba untuk menduduki Afrika Utara.Masalah
tersebut telah berjaya diselesaikan apabila beliau mengambil tindakan
ketenteraan terhadap mereka. Tindakan beliau telah menyebabkan agama Islam
berkembang dengan meluas dan menyebabkan Andalusia muncul sebagai gedung
perkembangan ilmu pengetahuan islam pada masa itu.Sumbangan beliau yang ketiga
dalam aspek politik pula ialah hubungan dengan Perancis. Khalifah Harun
al-Rasyid mempunyai hunbungan yang baik dengan Raja Peracis(Charlamagne) kerana
Andalusia merupakan musuh ketat mereka.Mereka telah saling bertukar cenderamata
dan Khalifah Harun al-Rasyid juga telah mengirim kunci Baitulmuqaddis kepada
orang kristian yang melawat Palestin.Kesannya,agama islam telah berkembang di
Perancis.
Khalifah Harun al-Rasyid juga telah menghapus masalah dalam negeri.Beliau
sangat bimbang jika keluarga al-Barmaki akan melakukan rampasan kuasa terhadap
beliau.Keluarga al-Barmaki terdiri daripada pegawai kerajaan. Khalifah Harun
al-Rasyid telah menyebabkan keluarga al-Barmaki tidak diberi kuasa pemerintahan
tetapi saki baki keluarga al-Barmaki ,Idris bin Abdullah telah menubuhkan
kerajaan islam Idrisiyah di Morocco.Keadaan tersebut telah membimbangkan
Khalifah Harun al-Rasyid lalu beliau telah mengahwinkan puterinya dengan putera
kepada Yahya bin Khalid al-Barmaki untuk mewujudkan hubungan baik.Tetapi kerana
bimbang akan kedudukan keluarga al-Barmaki dalam pemerintahan Bani
Abbasiyah,beliau telah membunuh individu penting dalam keluarga
al-Barmaki.Beliau juga telah menghadapi beberapa pemberontakan kecil-kecilan
tetapi dapat diselesaikan dengan mudah dengan menghantar Panglima Ibrahim bin
Aghiab ke Tunisia.Tindakan beliau telah menyebabkan kuasa pemerintahan keluarga
al-Barmaki tamat dalam pemerintahan Bani Abbasiyah.
Sumbangan beliau dalam aspek ekonomi pula ialah beliau sangat menekankan
pertanian dan perdagangan.Beliau telah mengagihkan tanah kerajaan dan tanah
rampasan perang kepada tentera yang telah bersara dan orang miskin untuk
diusahakan dan beliau juga telah membekalkan benih tanaman secara percuma
kepada petani untuk kegiatan pertanian.Khalifah Harun al-Rasyid juaga telah
menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat perdagangan Timur-Barat dan membina jalan
dari Iraq ke Laut Merah,Laut Mediterranean,Tunisia dan Maghribi untuk
memudahkan kegiatan perdagangan.Kegiatan perdagangan juga telah diluaskan ke
Eropah,India dan China.Beliaua juga telah menyusun semula pasukan tentera untuk
mengawal di laut dan pelabuhan supaya keselamatan kapal-kapal dagang di
Pelabuhan Basrah selamat.Tindakan Khalifah Harun al-Rasyid dalam membangunkan
pertanian dan perdagangan pada zaman pemerintahannya telah menyebabkan ekonomi
pada zamannya berkembang dengan maju.
Dalam aspek sosial pula, Khalifah Harun al-Rasyid telah menekankan
perkembangan dan kemajuan pendidikan.Beliau telah membina pusat pendidikan
untuk mengembangkan ilmu di dalam kalangan rakyat.Buku-buku bahasa asing juga
telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab.Selain ilmu berkenaan agama,beliau
juga amat mementingkan ilmu pengetahuan sekunder seperti astronomi,matematik
dan sejarah.Beliau juga telah menggunakan wang sakunya dan peruntukan khas
kerajaan untuk mengembangkan ilmu ini. Khalifah Harun al-Rasyid juga telah
mendirikan sebuah perpustakaan yang dikenali sebagai Perpustakaan Agung(Baitul
Hikmah).Bandar Madinah,Kaherah,Kufah dan Balk juga telah dijadikan bandar ilmu
pengetahuan.Selain mementingkan ilmu pengetahuan sekunder,beliau juga amat
mementingkan keperluan rakyat dalam melakukan perkembangan dan aktiviti agama,kesihatan
rakyat dan jua kebajikan rakyat.Jadi beliau telah mendirikan masjid,klinik,hospital
dan rumah kebajikan untuk mereka yang memerlukannya. Sunbangan beliau dalam
mengembangkan dan memajukan pendidikan telah melahirkan ramai ulama terkenal
dan sarjana-sarjana islam pada masa itu seperti Imam Malik,Imam Syafi’e,Imam
Ahmad bin Hanbal,Al-Asmani(sasterawan di Basrah),Abu al-Atamah(penyair di
Kufah),Abu Nawas(sasterawan Baghdad) dan Abu Yusof(ahli fiqah di Baghdad). Tindakan
beliau juga telah menyebabkan politik pada zaman pemerintahan beliau semakin
mantap.
Khalifah Harun al-Rasyid juga terlibat dalam perkembangan kegiatan
intelektual pada zaman pemerintahan beliau.Beliau telah melakukannnya dalam
tiga kategori iaitu kegiatan pembukuan, penyusunan ilmu pengetahuan islam dan
kegiatan penterjemahan.Beliau telah menggalakkan ilmu pengetahuan dibukukan
untuk kegunaan generasi pada masa itu dan juga akan datang.Hal ini kerana
,beliau ingin mengelakkan ilmu pengetahuan hilang.Beliau juga lebih menumpukan
perhatian beliau dalam penyusunan ilmu supaya ia tidak terkeluar daripada
konsep al-Quran dan hadis.Beliau telah menumpukan perhatian kepada ilmu
tafsir,hadis,faraid,usuluddin,syariah,tauhid dan fiqah.Dalam kegiatan
penterjemahan pula, Khalifah Harun al-Rasyid telah menggalakkan pakar bahasa
menterjemah buku-buku asing lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan ilmu
perubatan,falsafah,keseniandan juga menterjemahkan buku agama ke dalam bahasa
lain untuk menyebarkan ilmu ke luar tanah Arab.Untuk menyebarkan ilmu-ilmu
tersebut,beliau telah mendirikan institusi pengajian seperti masjid,maktab dan
sekolah. Tindakan beliau telah menyebabkan ilmu pengetahuan berkembang dengan
luas dalam pemerintahan Bani Abbasiyah dan menjadikan Kota Baghdad dikenali
sebagai gedung ilmu pengetahuan dan dikunjungi oleh umat islam dari seluruh
dunia.
Kesimpulannya, Khalifah Harun al-Rasyid telah memerintah kerajaan Bani
Abbasiyah selama 23 tahun.Selama
pemerintahannya,beliau telah melakukan pelbagai pembaharuan yang telah
menyebabkan beliau dihormati oleh negara-negara jiran dan zaman pemerintahannya
dikenali sebagai zaman perkembangan ilmu pengetahuan dan intelektual. Khalifah
Harun al-Rasyid juga digelar sebagai Penyebar Tamadun dan Budaya Islam. Zaman
pemerintahan beliau ialah zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah di
Baghdad. Beliau telah wafat pada tahun 809 M..