Saturday, 26 January 2013

SEJARAH STPM

Nilaikan sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid sepanjang beliau bergelar khalifah islam?


Nama sebenar Khalifah Harun al-Rasyid ialah Harun al-Rasyid bin Muhammad al-Mahadi Bin Abu Jaafar al-Mansur. Beliau merupakan khalifah kelima dalam pemerintahan Bani Abbasiyah.Beliau telah dilahirkan di al-Raj,Khurasan pada Zulhijah 145 H.Beliau merupakan seorang yang berpendidikan tinggi dan memiliki sifat keperibadian yang tinggi. Khalifah Harun al-Rasyid mempunyai pengalaman yang luas dalan aspek pentadbiran, kemasyarakatan dan politik. Beliau terkenal sebagai seorang pemerintah yang bijaksana,ahli falsafah dan cendekiawan islam. Setelah Khalifah Muhammad al-Mahadi bin Abu Jaafar al-Mansur wafat,jawatan khalifah telah diganti oleh puteranya,Musa bin Muhammad(al-Hadi). Telah berlaku perselisihan dan peperangan antara Khalifah al-Hadi dan Harun al-Rasyid semasa pemerintahan tersebut.Harun al-Rasyid telah merampas jawatan tersebut daripada Khalifah al-Hadi.Beliau telah dibaiatkan sebagai khalifah kelima dan memerintah negara islam yang berpusat di Baghdad.Beliau telah melakukan pelbagai pembaharuan dalam aspek politik,ekonomi dan sosial.
   Antara sumbangan beliau dalam aspek politik ialah hubungan dengan Byzantine(Rom).Sejak negara islam lahir di Kota Makkah,Madinah,Damsyik(Bani Umayyah) dan Baghdad(Bani Abbasiyah),hubungan buruk dengan Rom telahpun berlaku.Hubungan tersebut telah menjadi semakin buruk berpunca daripada tindakan Rom menyerang kerajaan islam Baghdad yang disebabkan oleh masalah Asia Minor. Khalifah Harun al-Rasyid telah memimpin tentera menyerang Rom untuk membebaskan dan menduduki Asia Minor.Untuk mengelakkan peperangan,Maharani Irene Leo IV telah membuat perdamaian,sanggup membayar ufti 90000 dinar dan membenarkan perdagangan dan perkembangan agama islam di Rom.Permusuhan dan peperangan telah berhenti selama tiga tahun.Namun begitu,Pengganti maharani Nicephorus I telah melanggar perjanjian. Khalifah Harun al-Rasyid telah memimpin tentera ke Asia Minor dan berjaya menakhluki beberapa bandar.Tindakan Khalifah Harun al-Rasyid ini telah menyebabkan agama islam boleh berkembang di Rom.
   Sumbangan beliau yang kedua pula ialah hubungan dengan Andalusia(Sepanyol).Hubungan antara Andalusia dengan Bani Abbasiyah telah menimbulkan masalah kepada  Khalifah Harun al-Rasyid kerana sebahagian besar penduduk Andalusia(penyokong Bani Umayyah) menunjukkan sikap negatif terhadap pemerintahan beliau.Mereka juga cuba untuk menduduki Afrika Utara.Masalah tersebut telah berjaya diselesaikan apabila beliau mengambil tindakan ketenteraan terhadap mereka. Tindakan beliau telah menyebabkan agama Islam berkembang dengan meluas dan menyebabkan Andalusia muncul sebagai gedung perkembangan ilmu pengetahuan islam pada masa itu.Sumbangan beliau yang ketiga dalam aspek politik pula ialah hubungan dengan Perancis. Khalifah Harun al-Rasyid mempunyai hunbungan yang baik dengan Raja Peracis(Charlamagne) kerana Andalusia merupakan musuh ketat mereka.Mereka telah saling bertukar cenderamata dan Khalifah Harun al-Rasyid juga telah mengirim kunci Baitulmuqaddis kepada orang kristian yang melawat Palestin.Kesannya,agama islam telah berkembang di Perancis.
   Khalifah Harun al-Rasyid juga telah menghapus masalah dalam negeri.Beliau sangat bimbang jika keluarga al-Barmaki akan melakukan rampasan kuasa terhadap beliau.Keluarga al-Barmaki terdiri daripada pegawai kerajaan. Khalifah Harun al-Rasyid telah menyebabkan keluarga al-Barmaki tidak diberi kuasa pemerintahan tetapi saki baki keluarga al-Barmaki ,Idris bin Abdullah telah menubuhkan kerajaan islam Idrisiyah di Morocco.Keadaan tersebut telah membimbangkan Khalifah Harun al-Rasyid lalu beliau telah mengahwinkan puterinya dengan putera kepada Yahya bin Khalid al-Barmaki untuk mewujudkan hubungan baik.Tetapi kerana bimbang akan kedudukan keluarga al-Barmaki dalam pemerintahan Bani Abbasiyah,beliau telah membunuh individu penting dalam keluarga al-Barmaki.Beliau juga telah menghadapi beberapa pemberontakan kecil-kecilan tetapi dapat diselesaikan dengan mudah dengan menghantar Panglima Ibrahim bin Aghiab ke Tunisia.Tindakan beliau telah menyebabkan kuasa pemerintahan keluarga al-Barmaki tamat dalam pemerintahan Bani Abbasiyah.
   Sumbangan beliau dalam aspek ekonomi pula ialah beliau sangat menekankan pertanian dan perdagangan.Beliau telah mengagihkan tanah kerajaan dan tanah rampasan perang kepada tentera yang telah bersara dan orang miskin untuk diusahakan dan beliau juga telah membekalkan benih tanaman secara percuma kepada petani untuk kegiatan pertanian.Khalifah Harun al-Rasyid juaga telah menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat perdagangan Timur-Barat dan membina jalan dari Iraq ke Laut Merah,Laut Mediterranean,Tunisia dan Maghribi untuk memudahkan kegiatan perdagangan.Kegiatan perdagangan juga telah diluaskan ke Eropah,India dan China.Beliaua juga telah menyusun semula pasukan tentera untuk mengawal di laut dan pelabuhan supaya keselamatan kapal-kapal dagang di Pelabuhan Basrah selamat.Tindakan Khalifah Harun al-Rasyid dalam membangunkan pertanian dan perdagangan pada zaman pemerintahannya telah menyebabkan ekonomi pada zamannya berkembang dengan maju.
   Dalam aspek sosial pula, Khalifah Harun al-Rasyid telah menekankan perkembangan dan kemajuan pendidikan.Beliau telah membina pusat pendidikan untuk mengembangkan ilmu di dalam kalangan rakyat.Buku-buku bahasa asing juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab.Selain ilmu berkenaan agama,beliau juga amat mementingkan ilmu pengetahuan sekunder seperti astronomi,matematik dan sejarah.Beliau juga telah menggunakan wang sakunya dan peruntukan khas kerajaan untuk mengembangkan ilmu ini. Khalifah Harun al-Rasyid juga telah mendirikan sebuah perpustakaan yang dikenali sebagai Perpustakaan Agung(Baitul Hikmah).Bandar Madinah,Kaherah,Kufah dan Balk juga telah dijadikan bandar ilmu pengetahuan.Selain mementingkan ilmu pengetahuan sekunder,beliau juga amat mementingkan keperluan rakyat dalam melakukan perkembangan dan aktiviti agama,kesihatan rakyat dan jua kebajikan rakyat.Jadi beliau telah mendirikan masjid,klinik,hospital dan rumah kebajikan untuk mereka yang memerlukannya. Sunbangan beliau dalam mengembangkan dan memajukan pendidikan telah melahirkan ramai ulama terkenal dan sarjana-sarjana islam pada masa itu seperti Imam Malik,Imam Syafi’e,Imam Ahmad bin Hanbal,Al-Asmani(sasterawan di Basrah),Abu al-Atamah(penyair di Kufah),Abu Nawas(sasterawan Baghdad) dan Abu Yusof(ahli fiqah di Baghdad). Tindakan beliau juga telah menyebabkan politik pada zaman pemerintahan beliau semakin mantap.
   Khalifah Harun al-Rasyid juga terlibat dalam perkembangan kegiatan intelektual pada zaman pemerintahan beliau.Beliau telah melakukannnya dalam tiga kategori iaitu kegiatan pembukuan, penyusunan ilmu pengetahuan islam dan kegiatan penterjemahan.Beliau telah menggalakkan ilmu pengetahuan dibukukan untuk kegunaan generasi pada masa itu dan juga akan datang.Hal ini kerana ,beliau ingin mengelakkan ilmu pengetahuan hilang.Beliau juga lebih menumpukan perhatian beliau dalam penyusunan ilmu supaya ia tidak terkeluar daripada konsep al-Quran dan hadis.Beliau telah menumpukan perhatian kepada ilmu tafsir,hadis,faraid,usuluddin,syariah,tauhid dan fiqah.Dalam kegiatan penterjemahan pula, Khalifah Harun al-Rasyid telah menggalakkan pakar bahasa menterjemah buku-buku asing lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan ilmu perubatan,falsafah,keseniandan juga menterjemahkan buku agama ke dalam bahasa lain untuk menyebarkan ilmu ke luar tanah Arab.Untuk menyebarkan ilmu-ilmu tersebut,beliau telah mendirikan institusi pengajian seperti masjid,maktab dan sekolah. Tindakan beliau telah menyebabkan ilmu pengetahuan berkembang dengan luas dalam pemerintahan Bani Abbasiyah dan menjadikan Kota Baghdad dikenali sebagai gedung ilmu pengetahuan dan dikunjungi oleh umat islam dari seluruh dunia.
  Kesimpulannya, Khalifah Harun al-Rasyid telah memerintah kerajaan Bani Abbasiyah  selama 23 tahun.Selama pemerintahannya,beliau telah melakukan pelbagai pembaharuan yang telah menyebabkan beliau dihormati oleh negara-negara jiran dan zaman pemerintahannya dikenali sebagai zaman perkembangan ilmu pengetahuan dan intelektual. Khalifah Harun al-Rasyid juga digelar sebagai Penyebar Tamadun dan Budaya Islam. Zaman pemerintahan beliau ialah zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah di Baghdad. Beliau telah wafat pada tahun 809 M..